Sunday 3 April 2016

TOPI! Asal Usul Dari Mana Datangnya..???



Istilah "TOPI" adalah berasal dari Milan Itali, dimana Topi kualiti terbaik yang dicipta pada abad ke 18!.Pembuatan Topi secara tradisional dilakukan oleh kaum wanita, tidak hanya membuat atau menghasilkan Topi. Tetapi juga menghiaskanya dengan Renda, dan juga hiasan serta aksesori untuk melengkapkan pakaian.

Setiap daripada kita, Penggunaan Topi tidak asing lagi di mata umum ketika ini.tidak kira siapa pun yang menggunakannya.Tetapi! adakah kita mengetahui dari mana asal usul Topi yang juga menjadi salah satu trend kegilaan dalam menggayakannya pada masa kini.

Sejarah telah membuktikan bahawa Topi telah bermula pada zaman Mesir kuno lagi dan di Eropah pada masa itu.Topi sering di gunakan oleh masyarakat ketika itu adalah untuk bersantai menikmati waktu terutamanya oleh golongan pekerja.Topi juga digunakan untuk perlindungan dari cuaca yang tidak menentu,Selain itu, Topi juga digunakan untuk upacara dalam keagamaan,sebagai unsur keamanan,serta sebagai aksesori dalam fesyen.Dalam konsep ketenteraan pula,mereka menggunakan Topi sebagai Tanda Kebangsaan, Pangkat,Cawangan Perkhidmatan atau rejimen.

Selain dari itu,salah satu pengambaraan bergambar juga dapat menyingkap asal usul Topi yang pertama,muncul di Thebes yang terdapat pada patung makam yang menunjukkan seorang lelaki yang memakai opi jerami yang mana mangayakannya seorang Kuli.Topi pertama yang pula adalah seperti Topi Pileus, Topi Tengkorak sederhana, Topi Frigia yang dikenakan oleh budak yang dibebaskan di Yunani, Rom dan Yunani Petasos.Topi yang digunakan oleh kaum wanita pula pada masa itu seperti Cadar, Kerchief, Tudung, Topi dan Wimples.Pada abad ke 16! struktur Topi yang digunakan oleh kaum wanita mirip seperti lelaki yang berada di Istana.

Pada separuh abad ke 19!,kaum Wanita telah memakai Topi yang Beransur-ansur menjadi lebih besar dari kebiasaannya.Yang mana telah dihiasi dengan Pita, Bunga, Bulu dan potongan Kain Kasa.Pada akhir abad pula, gaya yang lain pula telah diperkenalkan,di antaranya Topi dengan Brims lebar dan Mahkota rata, Pot Bunga dan Togue.Pada pertengahan 1920 an, ramai wanita pada masa itu menggayakan rambut yang pendek serta memilih Topi untuk melindungi kepala mereka berupa Topi keledar pada masa kini.Awal abad ke 21! Topi semarak telah berkembang pesat dan terciptanya beberapa jenis Topi,dengan gelombang baru milliners muda kompetitif merancang ciptaan yang baru yang mana termasuk Topi Turban, Trompe-L'oeil kesan merasa Topi dan Headpieces tinggi diperbuat dari rambut manusia.

                                      PEMBUAT TOPI YANG TERKENAL


Sejarah Perkembangan Topi dan berbagai macam jenis Topi
Jhon B. Stetson



Siapa yang tidak tahu Topi Koboi, setiap orang di seluruh pelusuk dunia kenal akan Topi Koboi.Topi yang dibuat oleh beliau adalah Topi dengan gaya meleber dibahagian sekelilingnya dan menonjol di bahagian atas Topi.Topi ini biasa di lihat digunakan oleh cowboy dan para Shreiff di Amerika Barat,Jika menggunakan Topi ini seolah kelihatan seorang yang berwibawa dan berkarisma.



Elvis Pompili(lahir 1961) adalah seorang perancang busana.Yang berasal Belgia yang mengkhususkan diri dalam bidang rekaan Topi,Beliau berasal dan lahir di Liege dari sebuah keluarga di Itali.
Elvis Pompilio



Pompikio memasuki bisnes pada tahun 1987,dengan sebuah syarikat di Brussels di mana ia menghasilkan rekaan untuk digunakan dalam fesyen show oleh Margues seperti Dior dan Velentino. Pada tahun 1990,ia membuka sebuah kedai runcit di pusat kota Brussel.Beliau kemudianya membuka sebuah lagi kedai di Antwerpen, diikuti dengan menyebarkankan lagi cawanganya di Paris dan London.Kebanyakan rekaan Topi yang dihasilkannya dijual di Amerika Syarikat dan Jepun.


                                 10 Jenis Topi Berdasarkan Sejarah dan Populariti




Fez  
Topi jenis ini adalah simbol untuk santai.



Boater
                                          Topi jenis ini biasanya digunakan pada cuaca panas,




Bowler
 Topi jenis ini sesuai dengan gaya elegan dan juga matang.terutama di negara inggeris.Biasanya digunakan oleh pekerja seperti Peguam, Pegawai Bank atau Pelayan.



Gatsby Newboy cap

Topi jenis ini sangat popular pada abad 19! dan awal abad 20!.Topi jenis ini sering atau digunakan oleh pemain Golf.




Beret
Pada awalnya Topi ini dikenali sebagai Topi Nasional Negara Perancis,Biasanya digunakan oleh para Pengarah.


Moden Sombrero
Tradisonal Sombrero
Topi tradisional asal di Mexico.Tujuan awalnya adalah untuk melindungi kepala dari cuaca panas di Mexico.




Top Hat
Topi jenis ini pada awalnya telah di popularkan oleh Presiden Amerika iaitu, Abraham Lincoln.




Fedora
Topi jenis ini popular kerana kemampuannya melindungi kepala daripada angin dan cuaca buruk.Namun kebanyakan yang sering menggunakan Topi jenis ini adalah para Detektif dan Gengster.



Cowboy
Topi jenis ini di pakai oleh para koboi kerana kemampuannya melindungi kepala dari cuaca panas dan hujan.




Baseball Cap
Topi jenis ini mulai popular sejak abad ke 20! dsn dipopularkan oleh pemain Baseball



Semoga info ini berguna kepada kita dari masa ke semasa..sekian....




By:Blacky Wacky






No comments:

Post a Comment