Saturday 23 April 2016

TANK TOP gaya BERSAHAJA...!!



Anda! tentu tahu berkenaan dengan baju Tank Top.Pakaian tanpa lengan ini sering digunakan atau dipakai oleh kebanyakan wanita agar kelihatan lebih bergaya dan seksi, namun tetap simple. Tank Top juga sangat sesuai dipadankan dengan pakaian yang lain, seperti Cardigan, Baju longgar, Kameja, Bolero jacket, Jacket, dan sebagainya.Namun, pada masa kini ramai daripada kaum wanita maupun lelaki yang suka untuk menggayakanya.Tetapi! terlalu sedikit dikalangan kita yang tidak mengetahui akan asal usul pakaian ini kan..?

Dahulu, Tank Top hanya digunakan sebagai pakaian dalam,Namun, kemudiannya kebanyakan daripada para atlet dan ahli sukan khususnya atlet bola keranjang telah meminta Tank Top ini agar dijadikan sebagai pakaian semasa bersenam dan latihan.Dari sini lah,bermulanya perkembangan Tank Top secara besar-besaran.Seirig dengan perjalanan masa, Tank Top wanita  sangat popular dan digemari ramai tidak kira wanita mahupun lelaki.Semua golongan ingin untuk memilikinya,  dari kanak2 hingga ke dewasa.

Pada tahun 1970 pada musim panas, Tank Top telah dipasarkan secara meluas dan bebas kerana permintaan yang sangat tinggi dikalangan masyarakat.Hingga akhirnya Tank Top telah menjadi satu sebuah model pakaian yang Casual, Praktikal, dan selesa dipakai walaupun sebagai pakaian dalam.

Kini, seiring dengan peredaran masa dan perkembangan zaman Tank Top mempunyai pelbagai jenis dan model.Tank Top juga sering dipakai pada musim panas tiba, sesuai dengan keadaannya yang tidak mempunyai lengan.Namun, dinegara kita sendiri pun pemakaian Tank Top ini sering dilihat dipakai dalam keadaan sopan dan tidak terlalu keterlaluan seperti mana di negara barat. Pemakaiannya telah dipadankan dengan busana lain dan lebih sopan seperti digayakan dengan Blazer, Cardigan, Bolero Jacket bagi wanita dan Jacket bagi lelaki yang ingin menggayakanya, dan sebagainya.

Sekilas, sahaja yang dapat Saya kongsikan berkenaan  dengan Tank Top.Sebuah pakaian yang digemari para wanita dan lelaki kerana keselesaan dan kemudahanya.Mungkin pakaian ini akan berterusan berkembang dan maju kehadapan dengan pelbagai variasi, tiada siapa yang tahu akannya.



                              Antara Koleksi Tank Top Yang Dapat Dikongsikan




                   



                       



Sekian....


By:Blacky Wacky


No comments:

Post a Comment